Friday, 7 June 2013

PERTOLONGAN CEMAS: CPR


PERTOLONGAN CEMAS






DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS



§  Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan.

§  Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rtawatan dari doktor.



  Matlamat utama:



      >untuk menyelamat nyawa
      >mengelakkan kecederaan dari bertambah  buruk 
      >mengurangkan kesakitan.
      >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.


RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR)

§  Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
§  Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
§  Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan
§  Dua sebab utama CPR dilakukan:
    *terhenti pernafasan
    *tiada nadi


3 prinsip asas sebelum melakukan CPR


A – Airway (saluran pernafasan)

§  Catatan:




B – Breathing (pernafasan)
C – Circulation (peredaran darah)










(Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan   adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.







Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut




Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid)


KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT


§  Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
§  Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
§  Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
§  Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
§  Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
§  Tentukan mulutnya terbuka.
§  Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
§  Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
§  Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
§  Catatan:
§  Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.
§  Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik