Monday, 27 May 2013

kenapa perlu memanas dan menyejukkan badan?


Kepentingan Memanaskan badan dan ReganganJ


Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan.


  • Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. 

  • Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan.

  •  Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori). apabila kita memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti sukan, kita juga dapat mengelak daripada sakit sendi dan lenguh-lenguh dibahgian betis, peha dan bahu


  • selalunya kalau kita tak praktikkan memanaskn badan sbelum buat aktiviti sukan,mesti keesaokan harinya kita akn rasa sakit_sakit dibahgian kaki, peha,dan bahu..so,utk menegalkkan sakit tu kita kena memanaskn badan dulu sebelum memulakan apa sahaja aktiviti sukan.
  • Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan. Regangan amat penting untuk meningkatkan fleksibiliti kerana dapat mengimbangi otot di sekeliling sendi sekali gus memperbaiki postur badan. Selain itu, ia dapat megimbangi koordinasi tubuh badan agar dapat mengurungkan risiko terjatuh. Dengan membuat regangan juga dapat melancarkan pengaliran darah melalui tisu yang lembut dengan melebarkan saluran darah dalam badan. Ia juga boleh menyebabkan suhu meningkat dan anggota badan akan menjadi selesa dan bertenaga.

regangan meningkatkan suhu badan dan otot

aktiviti memanaskan badan:)

memanaskan badan dan regangan:)

Menyejukkan badan?

  • Cara terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.
  • Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan.
  • memanas dan menyejukkan badan sangat penting sbelum dan selepas melakukan aktiviti sukan sama ada aktiviti sukan yg berat mahupun yang ringan. ia untuk memelihara jantung supaya berdegup dengan kadar yang baik.




JOM RAMAI-RAMAI SIHATKAN BADAN !!:)











Friday, 10 May 2013

ORIENTEERING




Pengenalan orienteering


  • Orienteering merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tepat ke satu tempat yang lain.
  • Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure meliputi pelbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan.Dilakukan secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas. 
  • Memerlukan perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan. 
  • Merupakan sejenis sukan yang memerlukan peserta untuk berfikir dengan pantas.
  • Memerlukan koordinasi mental dan fizikal yang baik.




Sejarah orienteering di Malaysia


  • Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983
  • Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan
  • Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1988.
  • Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992
  • Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994
  • MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996
  • MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.




Objektif/sebab orienteering diperkenalkan di Malaysia.


  • Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
  • Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan
  • Membina keyakinan diri dan sikap positif
  • Menguji ketahanan mental dan fizikal
  • Boleh digunakan dalam operasi menyelamat.





Jenis-jenis orienteering


Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di Malaysia, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah:


  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orientation)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • OrienteeringBukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)





Peralatan orienteering


1. Peta utama ( master plan )



Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Peta orienteering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.



Kandungan peta orienteering


  • Tajuk peta
  • Arah Utara
  • Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
  • Petunjuk peta
  • Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja



2. Kompas





Kompas adalah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetic yang berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau darjah. kompas berfungsi kerana adanya medan magnetic.


Kegunaan kompas


  • Menentukan arah perjalanan
  • Menyelaraskan peta
  • Mengira jarak jauh
  • Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
  • Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).




3. Jam Randik





· Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan.




4. Wisel




· Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.




5. Sepanduk



· Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.




6. Peti pertolongan cemas



· Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mengalami kecederaan ringan.





Pemilihan kawasan


  • Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi halangan.
  • Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.
  • Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai semak.
  • Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang berlari bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.
  • Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.
  • Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini dan kurang berpengalaman atau untuk latihan.





Kebaikan/Faedah sukan orienteering


  • Meningkatkan kecergasan fizikal
  • Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
  • Memberi cabaran & keseronokan
  • Membina sikap positif & keyakinan diri
  • Menggunakan persekitaran yang sihat
  • Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
  • Memupuk sifat berani




































Thursday, 9 May 2013

IKHTIAR HIDUP




Assalamualaikum. Anda tahu apa itu ikhtiar hidup? 

Kalau tahu angguk, tak tahu geleng. Hihihihi. Ikhtiar hidup dalam bahasa inggerisnya ialah survival iaitu the will to live, to outlive, state of continuing to live. 

Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.



Prinsip Ikhtiar Hidup


1)Keselamatan

Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

2) Usaha

Dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

3)Kawalan diri

Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

4) Kerjasama 

Jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

5) Persiapan.

Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan diri dengan teknik-teknik dan pengetahuan dalam bidang ikhtiar hidup itu sendiri. Oleh itu,teruskanlah pembacaan anda.Namun,melalui pembacaan sahaja,kesannya tidak begitu memadai kerana anda hanya akan memperoleh pengetahuan tetapi bukan kemahiran. Kemahiran akan diperoleh melalui praktikal yang anda lakukan berpandukan pembacaan anda. Selain itu, anda bolehlah menghadiri kursus ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab rekreasi.


Alat

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.

1) Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.
Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.

2) Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic, dan lain-lain.

3) Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.

Antara alat-alat yang sesuai:-

-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-1 @2 batang lilin
-1 kotak mancis api/1 pemetik api
-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
- pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.

Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik, kompas kecil dan lain-lain.
Parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang. Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.

Dan baru-baru ini saya dan rakan-rakan telah merasai macam mana melakukan ikhtiar hidup. Pensyarah subjek Rekreasi, Puan Faridah telah memilih lokasi berdekatan dengan Tasik Uitm Merbok untuk melakukan aktiviti ini. Kami semua didedahkan oleh Puan Faridah tentang bagaimana perlunya persiapan untuk melakukan ikhtiar hidup. Kami diminta untuk membawa hexamine, periuk, kuali, senduk, beras, sardin dan sebagainya untuk melakukan aktiviti memasak. Antara aktiviti memasak pada hari berkenaan ialah menyediakan menu makanan yang dibakar, sejenis lauk berkuah, lauk yang digoreng, sayur, nasi, dan minuman. Dan alhamdulilah kami telah berjaya menempuhi aktiviti ini dengan gembira sekali. Gambar-gambar dibawah membuktikan keriangan kami semua pada hari itu.




                                                     Menu: Ayam Bakar Berasap :)





                                            Semua sibuk goreng ayam kunyit. Hihi




                                          Dan akhirnya, inilah hasil yang kami lakukan.



           Ahli kumpulan kami. Muka excited nak makan setelah berpenat lelah memasak :)


Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Jadi, tak rugi belajar semua ini.
 Have fun people :) 













PERIHAL PERKHEMAHAN


Berkhemah?

Perkhemahan adalah aktiviti rekreasi yang biasa dilakukan oleh pelajar- pelajar sekolah mahupun orang awam yang mempunyai kelapangan waktu. Aktiviti perkhemahan mempunyai banyak manfaat dan kebaikannya. Antara manfaat yang bakal diperoleh oleh sesiapa yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan adalah :

1) Melatih pelajar berdikari

- apabila kita menyertai aktiviti perkhemahan, kita secara automatiknya akan melakukan kerja secara sendiri- sendiri. Kita akan memasak, mendirikan khemah, mencari sumber keperluan asas seperti air, sumber makanan dan banyak lagi.

2) Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman

- dengan menyertai aktiviti perkhemahan, para pelajar akan dapat menimba lebih banyak ilmu dan mendapat pengalaman yang baru. Teori perihal perkhemahan dapat dipraktikkan sepanjang menyertai perkhemahan, ianya mampu memberi gambaran yang jelas tentang perkhemahan kepada pelajar. Malah, apabila menyertai perkhemahan, para pelajar akan dapat belajar ilmu yang baru dan melalui pengalam yang baru yang tak dapat dipelajari didalam kelas contohnya apabila berdepan dengan masalah-masalah yang berlaku semasa aktiviti perkhemahan, apakah kaedah yang perlu untuk menangani masalah-masalah tersebut.

3) Memupuk disiplin diri yang kuat

- apabila menyertai perkhemahan, sepanjang aktiviti, para pelajar haruslah sentiasa mempamerkan disiplin diri yang tinggi untuk mengelakkan dari timbulnya masalah sepanjang tempoh masa perkhemahan. Ianya mampu membantu pelajar untuk membentuk disiplin yang kuat didalam diri para peserta perkhemahan. Contohnya sepanjang perkhemahan berjalan, akan ada pembahagian tugas dalam kalangan peserta, dan para peserta harus mengikuti dan menjalankan tugas yang diberikan untuk tidak menimbulkan masalah.



Khemah, apakah itu?

Khemah merupakan alat perlindungan yang diperbuat daripada kanvas, kain dan lain- lain bahan yang boleh digerakkan. Ianya merupakan bahan atau perkara yang utama dalam aktiviti perkhemahan. Tanpa khemah, kita tidak boleh menjalankan aktiviti perkhemahan taw. Berikut merupakan antara khemah yang biasa digunakan untuk berkhemah :



1. Khemah Tiang Satu



2. Khemah Igloo




3. Khemah Berangka



 Tempat mana yang sesuai untuk berkhemah ek?

Untuk melakukan aktiviti perkhemahan, penganjur haruslah memilih dan meneliti tempat yang sesuai.
Antara aspek yang harus dilihat adalah :

1) Keperluan Asas

- Pihak penganjur aktiviti perkhemahan haruslah memilih tapak yang menyenangkan para peserta untuk memperolehi keperluan asas seperti air bersih. Tapak yang dipilih haruslah berdekatan dengan sumber air mengalir seperti dekta dengan sungai, tasik atau sumber air yang lain. Ianya berikutan bekalan air bersih adalah salah satu keperluan yang perlu ada sepanjang aktiviti perkhemahan.

2) Keselamatan 

- Tapak perkhemahan yang dipilih penganjur haruslah sesuai dan selamat untuk para peserta. Contohnya kawasan tersebut haruslah lapang dan tiada semak samun untuk mengelakkan dari binatang berbisa yang merayap dan mampu mengancam keselamatan peserta. Tapak itu juga mestilah jauh dari pohon mati untuk mengelakkan khemah ditimpa ranting atau batang pokok. Keselamat para peserta adalah satu aspek penting yang harus diambil perhatian.

3) Tanah yang rata

- Kawasan perkhemahan yang bakal dipilih mestilah mempunyai tanah yang rata untuk memudahkan para peserta juga para penganjur untuk merancang dan menjalankan aktiviti.