Pengenalan orienteering
- Orienteering merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tepat ke satu tempat yang lain.
- Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure meliputi pelbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan.Dilakukan secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas.
- Memerlukan perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan.
- Merupakan sejenis sukan yang memerlukan peserta untuk berfikir dengan pantas.
- Memerlukan koordinasi mental dan fizikal yang baik.
Sejarah orienteering di Malaysia
- Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983
- Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan
- Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1988.
- Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992
- Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994
- MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996
- MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
Objektif/sebab orienteering diperkenalkan di Malaysia.
- Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
- Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan
- Membina keyakinan diri dan sikap positif
- Menguji ketahanan mental dan fizikal
- Boleh digunakan dalam operasi menyelamat.
Jenis-jenis orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di Malaysia, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah:
- Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
- Orienteering Bermarkah (Score Orientation)
- Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
- OrienteeringBukit (Mountain Orienteering)
- Orienteering Malam (Night Orienteering)
- Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Peralatan orienteering
1. Peta utama ( master plan )
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Peta orienteering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
Kandungan peta orienteering
- Tajuk peta
- Arah Utara
- Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
- Petunjuk peta
- Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja
2. Kompas
Kompas adalah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetic yang berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau darjah. kompas berfungsi kerana adanya medan magnetic.
Kegunaan kompas
- Menentukan arah perjalanan
- Menyelaraskan peta
- Mengira jarak jauh
- Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
- Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).
3. Jam Randik
· Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan.
4. Wisel
· Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.
5. Sepanduk
· Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
6. Peti pertolongan cemas
· Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mengalami kecederaan ringan.
Pemilihan kawasan
- Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi halangan.
- Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.
- Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai semak.
- Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang berlari bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.
- Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.
- Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini dan kurang berpengalaman atau untuk latihan.
Kebaikan/Faedah sukan orienteering
- Meningkatkan kecergasan fizikal
- Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
- Memberi cabaran & keseronokan
- Membina sikap positif & keyakinan diri
- Menggunakan persekitaran yang sihat
- Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
- Memupuk sifat berani
No comments:
Post a Comment