Thursday, 9 May 2013

PERIHAL PERKHEMAHAN


Berkhemah?

Perkhemahan adalah aktiviti rekreasi yang biasa dilakukan oleh pelajar- pelajar sekolah mahupun orang awam yang mempunyai kelapangan waktu. Aktiviti perkhemahan mempunyai banyak manfaat dan kebaikannya. Antara manfaat yang bakal diperoleh oleh sesiapa yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan adalah :

1) Melatih pelajar berdikari

- apabila kita menyertai aktiviti perkhemahan, kita secara automatiknya akan melakukan kerja secara sendiri- sendiri. Kita akan memasak, mendirikan khemah, mencari sumber keperluan asas seperti air, sumber makanan dan banyak lagi.

2) Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman

- dengan menyertai aktiviti perkhemahan, para pelajar akan dapat menimba lebih banyak ilmu dan mendapat pengalaman yang baru. Teori perihal perkhemahan dapat dipraktikkan sepanjang menyertai perkhemahan, ianya mampu memberi gambaran yang jelas tentang perkhemahan kepada pelajar. Malah, apabila menyertai perkhemahan, para pelajar akan dapat belajar ilmu yang baru dan melalui pengalam yang baru yang tak dapat dipelajari didalam kelas contohnya apabila berdepan dengan masalah-masalah yang berlaku semasa aktiviti perkhemahan, apakah kaedah yang perlu untuk menangani masalah-masalah tersebut.

3) Memupuk disiplin diri yang kuat

- apabila menyertai perkhemahan, sepanjang aktiviti, para pelajar haruslah sentiasa mempamerkan disiplin diri yang tinggi untuk mengelakkan dari timbulnya masalah sepanjang tempoh masa perkhemahan. Ianya mampu membantu pelajar untuk membentuk disiplin yang kuat didalam diri para peserta perkhemahan. Contohnya sepanjang perkhemahan berjalan, akan ada pembahagian tugas dalam kalangan peserta, dan para peserta harus mengikuti dan menjalankan tugas yang diberikan untuk tidak menimbulkan masalah.



Khemah, apakah itu?

Khemah merupakan alat perlindungan yang diperbuat daripada kanvas, kain dan lain- lain bahan yang boleh digerakkan. Ianya merupakan bahan atau perkara yang utama dalam aktiviti perkhemahan. Tanpa khemah, kita tidak boleh menjalankan aktiviti perkhemahan taw. Berikut merupakan antara khemah yang biasa digunakan untuk berkhemah :



1. Khemah Tiang Satu



2. Khemah Igloo




3. Khemah Berangka



 Tempat mana yang sesuai untuk berkhemah ek?

Untuk melakukan aktiviti perkhemahan, penganjur haruslah memilih dan meneliti tempat yang sesuai.
Antara aspek yang harus dilihat adalah :

1) Keperluan Asas

- Pihak penganjur aktiviti perkhemahan haruslah memilih tapak yang menyenangkan para peserta untuk memperolehi keperluan asas seperti air bersih. Tapak yang dipilih haruslah berdekatan dengan sumber air mengalir seperti dekta dengan sungai, tasik atau sumber air yang lain. Ianya berikutan bekalan air bersih adalah salah satu keperluan yang perlu ada sepanjang aktiviti perkhemahan.

2) Keselamatan 

- Tapak perkhemahan yang dipilih penganjur haruslah sesuai dan selamat untuk para peserta. Contohnya kawasan tersebut haruslah lapang dan tiada semak samun untuk mengelakkan dari binatang berbisa yang merayap dan mampu mengancam keselamatan peserta. Tapak itu juga mestilah jauh dari pohon mati untuk mengelakkan khemah ditimpa ranting atau batang pokok. Keselamat para peserta adalah satu aspek penting yang harus diambil perhatian.

3) Tanah yang rata

- Kawasan perkhemahan yang bakal dipilih mestilah mempunyai tanah yang rata untuk memudahkan para peserta juga para penganjur untuk merancang dan menjalankan aktiviti.



No comments:

Post a Comment